Ahad, 7 Februari 2016

Lawatan terakhir

Jarang-jarang blog ini di-update.

Aku rasa, sudah tiba masanya untuk berhijrah menulis di blog lain, iaitu simfonix.blogspot.my

Blog ini tak akan dinyahaktifkan. Sayang pula, ada sesetengah artikel yang bermanfaat untuk orang ramai. Contohnya artikel mengenai akaun tu. Ramai la pulak yang bertanya, sampai malas aku nak balas. Bukan apa. Ramai yang bertanya "apa pandangan saudara kalau....?" Padaku, pandangan aku tak penting. Yang lagi penting, lebih baik korang bina pandangan sendiri. Kalau tak, tika korang tercampak ke dunia luar sana, kompem korang akan terikut-ikut arus. Jadilah korang zombie berbaju kemeja & bertali leher, atau puntianak berbaju kurung sewaktu alam kerjaya nanti. :P

Macam-macam pengunjung yang datang. Kebanyakannya pembaca senyap. Kalau bagi komen, takde nama pulak. Lantak pe'el korang la. Kalau rajin, aku balas. Kalau malas, tunggulah tahun depan. Ada yang siap jadikan blog ni bloglist untuk Amalan Kesufian. Adeh~ 

Zaman agamawan skema dah lama berlalu dalam diri aku. Ada sebab-sebab yang mendorongku beralih angin. Antaranya semakin banyak aku sebut-sebut kalimah2 Islamik, semakin kuat hatiku beryoyo dengan perasaan poyo. Aku dah merasa join tabligh, kemudian berusrah ala Ikhwan Muslimin, ikut toriqat pun pernah. Yang belum pernah, ikut hawzah Syi'ah, ikut liqo' Hizbut Tahrir (yang baru sahaja diharamkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor), kot. Kalau ditanya, "Anta grup apa skang?" Dengan riya'nya aku mengcopy-paste jawapan penulis faveretku Faisal Tehrani, aku follow "Islam Tsaqofi". Pekebenda mendalah tu? Baca blog baru aku nanti (kalau masih berminat la).

Sekarang, fokus hidupku mungkin lebih terarah kepada kerjaya, kewangan dan keluarga. Kerjaya, nak cari makan beb, stabilkan bisnes famili. Kewangan, nak capai kehidupan yang sampai tahap tak perlu bekerja tapi duit tetap masuk, :P . Hidup ni, bukan setakat bekerja. Ada banyak lagi perkara yang penting, kan? Keluarga, ehem2, umur semakin menghampiri 30, letih la nak jawab soalan "Bila nak pong-pang-pong-pang (bunyi kompang)?" Nak tak nak, terpaksalah fikir-fikirkan jawapan. Lagi pun, lama-lama hidup sorang pun, terasa jugak bosannya. Tak gitu?

So, apa pulak fokus hidup korang? Ada perubahan tak daripada tahun-tahun yang lalu? Kalau masih rasa tak berpuas hati dengan kehidupan, lakukanlah sesuatu untuk memulihkannya. Jangan menyerah kepada takdir sahaja. Tukar kerajaan pun belum tentu ko hidup senang. Rasa nak tergelak tengok kekawan aku yang beraqidahkan "Kehidupan berubah jika kerajaan berubah." Helo? Klu ko taknak berubah, kerajaan campak emas kat ko pun ko kata dia campak taik.

Akhirul perenggan, Socrates pernah berkata, "Tidak berbaloi untuk menjalani kehidupan yang tidak teruji." Jadi, kalau hidup bosan sokmo, apa kata bagi sket ujian kat kehidupan kita. Ubah kerjaya ke, ubah tempat bermastautin ke, cari calon/girlpren/bopren ke, dan yang paling senang tapi susah nak buat, ubah mindset! Wassalam~

Rabu, 23 Disember 2015

Luahan seorang mantan emo

30 April 2015, catatan terakhirku pada blog ini.

Kini, 23 Disember 2015. Hampir 6 bulan telah berlalu.

Dalam tempoh tersebut, banyak perkara yang telah kulalui.

Sepanjang tempoh bekerja dengan keluarga, bagiku, masa berjalan terlalu pantas. Sedar tak sedar, tahun 2015 bakal berlalu, padahal aku rasa baru je habis tahun 2014. La, 2015 pun dah nak abis ke?

Aku semakin kurang mengekspresikan diri. Blog yang bersawang ini menjadi bukti utama kemalasanku menulis. Bukan blog sahaja, buku log yang kononnya ku simpan untuk penulisan diari akhirnya tersadai berdebu di atas almari. Apalah gunanya menulis kalau orang tak baca. Yang lagi penting, apalah gunanya ada pembaca tapi aku kelaparan. :P

Kurang menulis tidak bermakna otakku tak berjalan. Otakku masih berjalan, tapi digunakan untuk perkara yang berbeza. Sebelum ini, untuk berkarya. Kini, untuk bertindak!

Manfaat terbesar dek kurang menulis adalah aku menjadi semakin realistik, semakin kurang emosional. Inilah impianku sejak sekian lama. Aku pernah bertanya kepada teman-tapi-mesraku, "Wei.. Camner eh nak jadi hati kering?" Teman-tapi-mesra pun balas, "Ko kena pandai pujuk diri." Termenung juga aku dibuatnya. Seingat aku, masa zaman kat Uni dulu, aku pujuk diri dengan makan Nasi Goreng USA dengan Ice-Blended Coklat cap Rafi Bistro, perghh.. Rasa heaven! Tapi lepas bayar Ane, berhari-harilah menyantap maggi. Kekadang, buat muka seposen pinjam seploh ringgit daripada housemate. Nampaknya, cara aku pujuk diri tu tak berkesan pada perasaan, tapi berkesan pada saiz perutku.

"Jikalau kau terlalu lama merenung gaung, lama-kelamaan, gaung pun akan membalas renunganmu," - Friedrich Nietzsche

Setiap orang mempunyai hero yang diminati. Impian kita adalah untuk menjadi seperti hero kita. Persoalannya, siapakah hero kita? Padaku, Dr. Mahathir merupakan gambaran terbaik untuk seorang hero. Persetankan permainan politik beliau, aku pun tak setuju dengan hujah sosial-darwinisme beliau dalam The Malay Dilemma.

Namun, yang lebih penting, perwatakan beliau itu merupakan ciri-ciri seorang hero yang kuidami, iaitu: 
1) ulat buku yang mengaplikasikan pembacaannya;
2) tidak gentar menghadapi lawan;
3) tindakan yang terancang;
4) berbangga dengan pencapaian, bukan dengan impian;
5) emosi yang cool.

Setakat ini, aku berjaya meniru no. 1), 3) dan 5). Aku seakan-akan hampir lupa bagaimana menjadi seorang yang emo. Sedikit sebanyak, aplikasi pembacaan banyak mengeringkan hatiku, lantas membasahkan otakku. Buku-buku bercorak aplikasi perniagaan, pengurusan, pentadbiran, dan juga falsafah pragmatik idealisme banyak mencorakkan pemikiranku.

Ujikaji untuk meninggalkan sisi emo-ku menunjukkan keputusan yang positif. Ujian personaliti menunjukkan persepsi diriku berubah daripada inFj kepada inTj. Yes, dah sama macam teman-tapi-mesra ku!

Oh, apa kaitannya dengan kata-kata Nietzsche? Begini, perubahan bermula dengan keghairahan kita untuk mencontohi hero kita. Keghairahan mencetuskan tindakan untuk mengikuti sikap si hero tersebut. Tindakan yang berterusan yang terpahat dalam diri akhirnya membentuk perwatakan yang baharu, lalu jadilah kita seperti hero yang kita idamkan. Dulu, kita memandang kepada gaung, kini gaung mula memandang kepada kita. Dulu, kita mengidam nak jadi hero, mungkin suatu hari nanti, si hero yang mengidam nak jadi kita. Pui.. perasan.

Dan, ujikajiku ini juga mengesahkan hipotesis para saintisneuro seperti Dr. Norman Doidge dan rakan-rakan dalam The Brain that Changes Itself, bahawa otak kita bersifat "anjal", ia tidak "beku", bila-bila masapun ia bersedia untuk berubah "bentuk" sekiranya kita sanggup untuk mengubah cara berfikir & konsisten bertindak mengikut corak pemikiran yang baharu.

Aku pernah terbaca komen seorang penulis merangkap ustaz merangkak yang menyeru kepada pemerintah untuk berubah sikap. Tetiba hatiku tergelak dengan ustaz merangkak ini. Apa kau tak baca kitab-kitab Imam al-Ghazali bahawa jangan bergantung harap kepada pemerintah? Orang politik sikapnya memang begitu, silap besarlah jika kita mengharap para politikus bersikap lebih baik daripada tikus. Mengeluh adalah sikap seorang pengalah yang menyalahkan kesalahan orang lain untuk mewajarkan kesalahan diri.

Ramai orang yang inginkan perubahan.
Namun, berapa ramai pula yang bersedia untuk berubah?

Khamis, 30 April 2015

Reading list



What would commoners do when they are bored?

They'll find friends to interact with.

What would the so-called "uncommoners" do when they are bored?

Well. They attempt to interact with friends too, but only successfully with the "deceased" friends. Since both parties share the unique eternal language of the outcasts, it is expected that they would fail abruptly to speak in the contemporary language. So the shared dilemma accidentally unites them. Oh perhaps some cats will tease their days.

Hola Schopenhauer! How's your bimbos?

Salam Sayid Qutb! Pssst... your Milestones has become the fundamental text for the extremists!

Hola Thoreau! May I join to live in your hut?

Salam Abdullah Munshi! Let us discuss the Malay version of New Testament that you've read~

Oh.. hear kitty kitty~ eat your biscuits.

posted from Bloggeroid