Selasa, 25 Oktober 2011

Mereka pun mencari erti hidup..


As-salaamu'alaikum.

Lama aku tak menulis. Memanglah betul, apabila diberi nikmat masa yang banyak, tak mahu digunakan. Waktu sibuk musim intersesi ini la baru rindu nak menulis.. Rindunya ~

Lanjutan daripada pembacaan blog saudara Rausyanfikir, menyebabkan kugatal tangan untuk mencari info band yang di mention olehnya.

Meraban-raban kubaca lirik lagu heavy-metal band, Killswitch Engage.

[1]

Menarik~! Liriknya sangat mendalam ertinya. Aku kalau mendengar lagu, sangat-sangat mengutamakan lirik. Bagi aku, lagu ialah puisi yang dinyanyikan. Puisi yang dimelodikan. Jadi, puisi yang dinyanyikan oleh kumpulan ini, sangat mendalam maknanya.




Killswitch Engage - Temple From the Within

[2]
Make me feel serenity when all is revealed
So easy to look back at life and question
But I must seek to find the strength
To push forward

Want to see what's so beautiful inside
As we drink of life
Absolve me through your suffering
You teach me to inscribe
These words upon my heart
You cover me with the shadow of your hand
I will not lose myself in everything that tears me down
Because you stand by me
There's no one to blame for my transgressions.

Ada berbau ketuhanan dalam lirik tersebut.. Dalam menghadapi kehidupan yang adakalanya suka, adakalanya duka, manusia sentiasa mempersoalkan apa yang dialaminya. Akhirnya, kita - manusia, akan merujuk kepada Pencipta kita juga..Dia yang mencipta kita, Dia juga yang menjadi sumber kekuatan dan ketenangan kita, yang selalunya hanya kita cari, sewaktu keadaan menekan.. :(  .. Kalau senang, entah ya entah tidak.. By the way, zat Allah tidak berbentuk..Berhati-hatilah dalam memahami lirik "You cover me with the shadow of your hand" , 'aqidah ASWJ menolak fahaman menjisimkan Tuhan, jadi bacaler lirik tu dengan cara yang tersirat ya..

Dan juga,

Killswitch Engage - A Light in a Darkened World


[3]
I see so much corruption
And it's hard to ignore
Living on greed and possessions
Is this what we're dying for?


Now choose this day
Who you will serve
To be the light in a darkened world

Many are willing to only live for themselves
Turning away from morality

Nothing can save you now

Now choose this day
Who you will serve
To be the light in a darkened world
You feel dissolved and the water's beginning to rise
Become the light in this darkened world

This is destiny
The choice is now defined
No more deception
Now change will come

It's in your hands
It's in your hands


Now choose this day
Who you will serve
To be the light
In a darkened world

It's in your hands
It's in you hands
Become the light in this darkened world

Lirik lagu ni pun best juga. Memang kita hidup di akhir zaman, sedar atau tidak, ramai yang hidup secara self-centred. Keutamaan diri sendiri lebih penting daripada insan-insan di sekeliling. Nilai-nilai murni dalam kehidupan, dibelakangkan menyebabkan manusia semakin terjerumus ke dalam lembah kebinatangan, bal hum adholl, bahkan lebih teruk lagi daripada binatang.. Tetapi, dalam ketentuan Allah, Dia memberi kita kebebasan untuk memilih sebenarnya. Dalam surah asy-Syams, Allah berfirman, “Demi jiwa dan penyempurnaannya. Dia mengilhamkan jalan kejahatan dan juga jalan ketaqwaan. Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwanya. Rugilah bagi mereka yang mengotori jiwanya.”

[4]

Pilihan di tangan kita, untuk menjadi baik, dalam neraca timbangan Tuhan. Menurut Syeikh Yusuf al-Qardawi dalam buku Taubat, boleh untuk bersandar kepada taqdir yang telah berlaku. Tapi adalah menjadi kesalahan untuk menyatakan diri kita sememangnya tertaqdir untuk berbuat kejahatan. Kita tidak boleh bersandar kepada taqdir untuk memilih jalan hidup yang belum berlaku lagi (perkara masa hadapan). Jika seseorang itu lapar, walhal ada makanan yang boleh dimakannya. Dia memilih untuk berlapar sehingga mati (taqdir berlapar) daripada memilih untuk makan (taqdir makan). Adalah menjadi satu kesalahan bagi dirinya, kerana memilih alternatif yang menganiaya diri sendiri. Persoalan taqdir ini, untuk menjawab kecelaruan diriku sendiri dan juga pertanyaan yang pernah dikemukakan oleh tetamu maya, anonymous :) .

Lirik lagu band ini bagus, mendalam dan mengandungi falsafah hidup. Mempunyai intisari existentialism (aliran pemikiran yang menyatakan motivasi terkuat manusia untuk hidup adalah mencari erti kehidupan). Membaca lirik ini agak menyentuh jiwa. Sayangnya, melodi lagunya tidak selari langsung dengan jiwaku. Bahkan, siapa yang mendengar pun boleh jadi haru-biru dibuatnya. Lebih baiklah membaca lirik ini, daripada mendengar rentak lagunya.

Apa-apapun, erti hidup harus dicari. Ia takkan datang bergolek. Mat saleh yang hidup dalam keadaan bebas tanpa peraturan (sosial) pun mencari erti hidup. Kita...??

Wallahua’lam.



Sumber gambar-gambar:
[1] http://layoutsparks.com/pictures/killswitch-engage-0
[2] http://www.travelpod.co.uk/travel-photo/bdsaly/4/1303389249/a-cathedral-in-a-mosque.jpg/tpod.html
[3] http://perantauz.blogspot.com/2010/10/jalan-kebaikan.html
[4] http://wolfvdd.deviantart.com/art/Light-in-my-darkened-world-163708957

0 ulasan: