Khamis, 3 November 2011

Akauntan.

As-salaamu'alaikum.

Esok test Audit. Sekarang otak tengah tepu. Rehat-rehat seketika, sambil menulis meleburkan rasa celaru.

Berat juga sebenarnya nak belajar ilmu perakaunan. Aku sangka, disiplin ilmu ini lebih mudah berbanding ilmu kejuruteraan. Nampaknya, silap belaka. Setiap disiplin ilmu itu, ada kesusahannya yang tersendiri.

Waktu belajar kejuruteraan dulu, macam kurang pendedahan mengenai badan profesional yang menaungi para jurutera. Apabila dalam aliran perakaunan, banyak pula badan profesional. Akauntan itu, sangat luas skopnya. Seorang akauntan, boleh jadi juruaudit, akauntan kewangan, akauntan kos, akauntan percukaian, dan macam-macam lagi.

Badan-badan profesional yang menaungi kami, sepertinya ACCA - financial accountant, CIMA - cost accountan (lebih ke arah management), MICPA - untuk Malaysia, dan banyak lagi... Huhu.

Dan.. Kebanyakan CEO mempunyai latar-belakang dalam bidang perakaunan. Wahh.. Hebat~!

Apabila dapat tahu banyak kelebihan menjadi seorang akauntan, menyebabkan semangat nak menghabiskan pengajian, menjadi semakin berkobar-kobar.


"Bidang enta ni, bukan lagi keperluan biasa dah.. Bahkan dah menjadi awlawiyyat (keutamaan) untuk ummat. Boleh dikira sebagai salah satu jihad juga.," pesan Ustaz Hasnol Basri (resident-staff sewaktu aku di INTEC dulu) sewaktu bertemu secara tak sengaja dengannya di Masjid Negeri.

Aku, mesti menjadi akauntan.. InsyaAllah.

-p/s: Tertanya-tanya, camner surfer internet dari negara asing, seperti Korea dan Taiwan, boleh sampai ke blog berbahasa Melayu ni. ^_^" An-yeoung Haseyo! Ni hao!

0 ulasan: